01 September 2012

Masalah dan Tanda-tanda kerosakan Kotak Gear

Askm WBKT dan Salam 1 Malaya.
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
 
 
 
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
 
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal gearbox 
 
 
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke  FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
 
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa  digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Saksikan video auto transmisi gearbox belakang bekerja menggerakan roda belakang kereta.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

14 comments:

  1. Sy ada exora bold cfe, sudah 3-5 bln bunyi tot tot tot dlm engine, tadi pergi sc, dia kat bunya dlm gear box, sy rasa sy tak pernah tukar mibyak gb atau filter gb, masih sempat lagi ke utk membuat step diatas atau gb sy dah tak boleh repair? Skrg masih jln macam biasa, cuma bunyinya takde kuat sangat

    ReplyDelete
  2. Saya punya kereta saga FL. Gear tak blh masuk bila enjin hidup. Bila engin mati gear senang masuk... punca lepas engine kereta kena air slma 3hari. Tolong explane

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Kereta masuk gear. Press minyak tp x jalan.. meter km/h tu pun x gerak..

    ReplyDelete
  4. Kereta masuk gear. Press minyak tp x jalan.. meter km/h tu pun x gerak..

    ReplyDelete
  5. Hallo geng2 keta semua.. Boleh setelkn msalah ni tak.. Kereta kancil.. sya ni jauh jalan pergi kerja.. Berhenti sekejap sbb nak merokok katakan.. Abis mrokok tu, nak sambung jalan lagi..

    ReplyDelete
  6. Belum abis citer td.. Masuk gear 1 nak jalan lagi, tp mcam xmau jalan.. Pelik juga rasanya.. Puas terkial2 pun, last aku nampak temperature tinggi.. Owwhh.. Ptutlah.. So aku cek air ada, cek kat radiator ja blom.. Aku pdam enjin, 2-3 mnit,pastu hdup balik.. Dh turun tmperature, tpi nak jalan gear satu lambat pickup.. Tp dpt jlanlah.. Dh jlan tu, msuk gear 2,gear 3,gear 4..nak masuk gear 5 tidak dpat.. Adoii.. Xtau apa msalah.. Tolong gtau bro2 semua

    ReplyDelete
  7. Halo,
    Adakah anda sedang mencari syarikat peminjam swasta yang berwibawa dan terakreditasi yang meminjamkan peluang sepanjang hayat? Kami menyediakan semua jenis pinjaman dengan cara yang sangat cepat dan mudah, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman pelajar, pinjaman perniagaan, pinjaman pelaburan, penyatuan hutang, dan banyak lagi. Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman gadai janji? Lihatlah lebih jauh seperti yang kita ada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami menawarkan pinjaman dari 5000 dolar kepada 50,000,000 dolar pada kadar faedah pinjaman yang sangat tinggi sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini melalui e-mel kami sekarang dan kami akan dengan senang hati membuat masalah kewangan anda dan perkara-perkara yang lalu, Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin.
    E-mel kepada kami: (albakerloanfirm@gmail.com).

    ReplyDelete
  8. hai. mahu tahu apa problem gear 3,5 dan reverse tak boleh masuk. 1,2,4 ok. kereta saga flx 2011,, brapa kos baiki?

    ReplyDelete
  9. hello, izinkan saya bertanya beberapa soalan hehe, jikalau (manual) gear 1 dan 2 tidak dapat masuk dan gear lain dapat masuk, apakah masalah tersebut?

    ReplyDelete
  10. Kereta saya Ni masuk gear reverse Ada sentap. Saya pun tak taulah. Pastu d2 dgn d lebih kurang pergi dia .Ketw saya auto .Bleh terangkan kenapa tq

    ReplyDelete
  11. Lampu D pada meter berkelip2, gear xbertukar, slalu dlm gear 3,,,apa masalh kereta satria neo auto.

    ReplyDelete