29 January 2015

Myvi Facelift 2015 Baru !!


Perodua melancarkan secara rasmi model Myvi Baru (Facelift) 2015 pada 15 Januari 2015. Terdapat beberapa peningkatan, penambahan dan perubahan dari sudut rekabentuk luaran serta dalaman, spesifikasi, variant, harga dan eksesori.

Model kereta paling laris di Malaysia ini mendapat sentuhan kosmetik dari jurutera Perodua dengan penampilan rekabentuk terbaru yang lebih terkini dan menawan.

Beberapa perubahan luaran terutama dibahagian bumper dan lampu hadapan serta bumper belakang yang telah merubah sedikit penampilannya. Begitu juga dengan beberapa peningkatan dan penambahan eksesori dibahagian dalaman.

Pastinya kemunculan Myvi terbaru ini akan meraih kembali perhatian pengguna setelah beberapa ketika agak dilupakan berikutan kemunculan beberapa model terbaru seperti Perodua Axia, Proton Iriz dan Honda Jazz. Satu strategi pemasaran yang bagus dari Perodua .




Penambahan Dan Peningkatan Myvi Baru (facelift)
Perodua Myvi Baru ini masih mengekalkan spesifikasi enjin yang sama iaitu 89 hp (117 Nm) 16V K3-VE 1.3 liter DVVT dan 102 hp (136 Nm) 16V 3SZ-VE 1.5 liter DVVT dengan pilihan transmisi manual (MT) dan automatik (AT).

Jika sebelum ini model Perodua Myvi ini terdapat dalam 6 varian, dimana setiap satunya mempunyai pilihan transmisi sama ada automatik (4 kelajuan) mahupun manual (5 kelajuan) tetapi Myvi Facelift Baru ini hanya ada 4 varian.
Selain dari perubahan rekabentuk luaran, sudah pasti juga terdapat beberapa eksesori tambahan dan peningkatan dibahagian dalaman Myvi terbaru ini.

Diantaranya adalah Projector headlamps berserta Guide Lights rekaan terkini, Cup Holder disebelah kanan panel meter, Anti Snatch Hook disisi kerusi penumpang untuk keselamatan barangan, sistem multimedia dan navigasi terbaru yang disertakan dengan reverse camera dan sensor hadapan untuk kemudahan/keselamatan semasa membelok.


Namun kesemua ciri tambahan ini ditawarkan mengikut spesifikasi dan varian tertentu sahaja. Selain dari itu, Myvi Baru 2015 ini juga didatangkan dengan dua warna terbaru iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold sebagai pilihan tambahan dari warna yang sedia ada.


Variant, Spesifikasi dan Harga Myvi Baru (facelift) 2015
Berikut adalah senarai harga rasmi serta spesifikasi bagi setiap variant Myvi Baru (facelift) 2015. (harga yang disenaraikan adalah harga di atas jalan  (OTR) termasuk dengan insuran.)

Myvi Standard G 1.3L (MT) - Harga RM41,500 Solid/ RM41,900 Metallic
Myvi Standard G 1.3L (AT) - Harga RM44,500 Solid/ RM44,900 Metallic




Spesifikasi Varian Myvi Standard G :
  • 1.3 litre K3-VE DVVT engine with 89 hp and 117 Nm
  • Reflector headlights
  • LED rear lights
  • “Aerodynamic design” bumpers
  • 14-inch eight-spoke alloy wheels
  • Beige fabric seats, height-adjustable driver seat
  • ISOFIX child seat mounts
  • Tilt-adjustable steering wheel
  • All-black centre console
  • Beige door cards
  • Unpainted interior door handles
  • Amber-illuminated instrument cluster
  • Multi-info display with service info
  • Radio CD player with four speakers
  • Anti-snatch hook
  • Built-in tissue compartment
  • Two-motion remote control
  • Reverse sensors
  • Space-saver spare tyre
  • Luggage tray
Myvi Premium X 1.3L (AT) - Harga RM47,500 Solid/ RM47,900 Metallic







Spesifikasi Varian Myvi Premium X (tambahan atau perbezaan dari 1.3L Standard G) :
  • Front corner parking sensors
  • Radio CD player with MP3/WMA, USB and Bluetooth
  • Black and silver centre console
  • Leather-wrapped steering wheel with audio controls
  • Blacked-out B-pillars
  • Electrically-retractable side mirrors
  • Front foglights
  • Chrome door handles (interior and exterior)
  • Round rear spoiler
  • ABS, EBD and BA
Myvi SE 1.5 Facelift

Myvi SE 1.5L (MT) - Harga RM50,500 Solid/ RM50.900 Metallic
Myvi SE 1.5L (AT) - Harga RM53,500 Solid/ RM53.900 Metallic






Spesifikasi Varian Myvi SE (tambahan/ perbezaan dari 1.3L Premium X) :
  • 1.5 litre 3SZ-VE DVVT engine with 102 hp and 136 Nm
  • “Sporty design” bumpers, side skirts, rear diffuser
  • Chrome exhaust pipe
  • Projector headlamps with LED guide lights
  • Clear LED taillamps
  • Contoured rear spoiler
  • 14-inch spiral-themed alloy wheels
  • Red-illuminated instrument cluster
  • Silver centre console
  • Fabric semi-bucket seats
  • Solar and security window film
Myvi Advance 1.5L (AT) - RM58,500 Solid/ RM58,900 Metallic









Spesifikasi Varian Myvi Advance (tambahan/ perbezaan dari 1.5L SE) :
  • Leather semi-bucket seats
  • Leather-wrapped steering wheel with red stitching
  • Leather-wrapped gear knob
  • Five-piece PVC coil mats
  • Touchscreen multimedia system with navigation and reverse camera


Hubungi/SMS saya sekarang untuk menempah dan bergaya dengan Myvi 2015 baru anda!!!
Layanan terbaik menanti anda..

En.Jasz 0192520696
Call Sms Whatsapp
bluepearlauto.blogspot.com
bluepearlauto@yahoo.com

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

1 comment: