19 June 2013

Perbezaan Saga FLX SV dan Saga FLX standard

Salam semua..

Hari ni nak cerita sikit pasal varian baru Saga FLX iaitu Saga SV. Perkara utama yang nak cerita tu adalah mengenai perbezaan Saga SV ni dengan Saga Standard.

Hm ok.. perkara pertama yang kita selalu dok tanya kat salesman, selain boleh full loan ke tidak, dan  bulanan berapa... adalah harga kereta ni..


Kalau ikut perbezaan harga yang dikeluarkan adalah dalam lingkungan rm4900 juga.

Ok ni kalau nak kiraan matematiknya

Model Saga FLX SV Manual Metallic - RM33,888
Model Saga FLX Std Manual Metallic - RM38,823
so kalau ikut Matematik sukatan KBSR bezanya secara tepat adalah RM4935.

 Model Saga FLX SV Auto Metallic - RM36,888
 Model Saga FLX Std Auto Metallic - RM41,823
Jawapannya sama


Saga SV adalah varian keempat bagi keluarga Saga FLX buat masa kini dan disasarkan untuk golongan yang bujang ataupun berkeluarga tetapi lebih ekonomi dari segi pembayarn bulanan. Saga FLX sekarang dikelaskan kepada 4 varian.
  •  Saga FLX SV 
  •  Saga FLX standard
  •  Saga FLX Executive
  •  Saga FLX SE 1.6 ( auto CVT sahaja )
Apa yang Saga SV ni  takde tapi Saga Standard ada?

Ok, ni kalau tengok dari luaran.

Ada garis hitam tu dan ekzos kecik sikit walaupun sama saiz dgn Std FLX dan cermin jernih bebas dari tinted
Ni plak bahagian dalam serba sedikit.

meter SV

meter saga standard
Secara keseluruhannya Saga SV ni takde
  • Coil Mat ( karpet jenis tak nampak pasir tu) tapi carpet biasa ja cam Myvi dok pakai
  • Door Visor ( bahasa lainnya juga rain visor)
  • 1st aid kit
  • cermin xde tinted cam standard
  • safety triangle
  • trunk lid cover 
  • muffler cutter
  • jumper
Kebanyakannya aksesori dikurangkan , tapi ciri-ciri keselamatan dan benda benda penting seperti reverse sensor, alarm, keyless entry, immobilizer, radio cd mp3, airbag berkembar tidaklah dibuang ke laut sahaja.

Secara kesimpulannya kalau ikut pendapat saya, Saga SV ni memang berbaloi untuk dimiliki memandangkan ianya sebuah sedan, mempunyai ciri ciri keselamatan terkini, bergaya walaupun tak semacho saga SE, dan paling penting jimat minyak dan komitmen bulanan yang ekonomi.

Apa2 hal tepuk poket, tanya selera dan kemampuan.

Hubungi saya sekarang untuk menempah Saga SV anda .. dah nak dekat raya dah ni..

Jasz 019-2520 696






Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments:

Post a Comment