01 September 2012

Sate atau Satay??

Salam,

Di dalam industri automotif dan mekanikal di Malaysia terdapat banyak komponen-komponen kereta dan alatan yang dipanggil dengan berbagai nama.Olehkerana acapkali digunakan ia telah menjadi satu trend bagi semua kedai alatganti dan bengkel sahaja yang menggunakannya secara meluas sesama mereka.


 
Wlaupun begitu perkataan-perkataan ganti nama bagi komponen-komponen atau alatganti tersebut telah digunakan juga antara penjual dan pembeli alatganti kereta dan kenderaan di Malaysia ini.Ia semakin merebak dan menjadikannya satu perkataan gantinama yang mudah dan senang difahami untuk mereka yang faham sahaja dan selalu berkunjung ke bengkel-bengkel  kereta dan kedai-kedai alatganti baru dan juga lama yang selalu dipanggil kedai POTONG.


Kedai POTONG adalah merujuk kepada kedai alatganti kereta yang dipotong sebahagiannya dan biasanya diimport dari luarnegara sepereti Jepun,Korea,Amerika dan banyak lagi negara yang menggunakan alatganti yang serupa.

Penggunaan perkataan-perkataan gantinama alatganti tersebut juga menjadikannya semakin mudah kerana ia lebih disasarkan kepada rupabentuk suatu alatganti tersebut.Perhatikan gambar dibawah yang digantikan namanya sebagai TULANG ANJING yang berbentuk hampir serupa dengan tulang yang dimakan oleh seekor anjing.

Lower arm hadapan
Sepertimana yang kita di Malaysia ini tahu satay adalah kegemaran rakyat Malaysia dan makanan tersebut adalah terdiri dari daging segar samada ayam atau lembu dsbnya yang dicucuk pada lidi dan dibakar.Begitujuga dengan alatganti yang digantikan namanya dengan panggilan SATE/SATAY yang biasa digunakan merujuk kepada lower arm bush yang yang terbentuk dari beberapa jenis getah kecil yang dimasukan kepada sebatang besi untuk mengawal pergerakan lower arm seakan-akan satay.

Satay adalah makanan terkenal di Malaysia



Control arm bush atau SATE
Sebahagiannya lagi adalah seperti berikut:-

1)TARIK BELAKANG bermaksud enjin yang menggunakan geartbox sebelah belakang atau rear axle
2)TARIK DEPAN bermaksud enjin yang menggunakan gearbox hadapan.
3)POM merujuk kepada berbagai pam seperti water pump,pump bearing,steering pump dll.
4)KATAU merujuk kepada apa saja alatan cut off switch yang dahulunya biasa digunakan untuk memati dan menghidupkan semula berbagai komponen seperti enjin dan starter dan digantikan dengan relay pada masa kini.


Rear axle (gearbox belakang)

Akhir kata... selamat datang dan selamat belajar bahasa ibunda dunia automotif Malaysia..
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

1 comment:

  1. Halo,
    Adakah anda sedang mencari syarikat peminjam swasta yang berwibawa dan terakreditasi yang meminjamkan peluang sepanjang hayat? Kami menyediakan semua jenis pinjaman dengan cara yang sangat cepat dan mudah, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman pelajar, pinjaman perniagaan, pinjaman pelaburan, penyatuan hutang, dan banyak lagi. Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman gadai janji? Lihatlah lebih jauh seperti yang kita ada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami menawarkan pinjaman dari 5000 dolar kepada 50,000,000 dolar pada kadar faedah pinjaman yang sangat tinggi sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini melalui e-mel kami sekarang dan kami akan dengan senang hati membuat masalah kewangan anda dan perkara-perkara yang lalu, Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin.
    E-mel kepada kami: (albakerloanfirm@gmail.com).

    ReplyDelete