28 March 2013

Punca Kereta Makan Minyak Hitam

Salam 1 Malaysia..

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai enjin 'makan' minyak hitam.





Sekiranya anda berada di dalam situasi yang mana setiap minggu terpaksa menambah minyak hitam atau kereta anda mengalami pengurangan minyak hitam setiap kali diperiksa. 

Apa yang perlu dibuat ?
Kalau pergi ke bengkel, biasanya mekanik akan suruh kita buat 'top overhaul' yang mana belanjanya mungkin melebihi RM500. Ada juga kebenaran kata-kata mekanik tersebut tetapi hanya dia yang tahu kenapa dia berkata demikian kerana jika kita diminta buat top overhaul bermakna enjin kita sudah berada dalam keadaan tenat. Bagaimanapun di ruangan ini saya akan berkongsi pengalaman tentang kenapa pengurangan minyak hitam boleh berlaku, bagaimana untuk mengelakkannya daripada berlaku dan apa yang perlu dibuat jika sudah berlaku.




Minyak hitam akan berkurang disebabkan oleh beberapa sebab yang kadang-kadang tidak diambil peduli oleh kebanyakan pengguna kereta.


(1) Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol. Ini disebabkan 'ring' piston yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk ke ruang pembakaran telah haus atau telah mengalami regangan yang berlebihan yang menyebabkan wujud ruang di antara piston dan dinding silinder blok menyebabkan minyak hitam memasuki kebuk pembakaran dan terbakar bersama-sama petrol/diesel. Tanda yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi berwarna kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama - kelamaan minyak hitam di dalam enjin akan berkurangan. Keadaan ini sebenarnya adalah perkara yang pasti akan berlaku kepada semua jenis enjin bersilinder. Tetapi jangkamasa yang ia pasti akan berlaku biasanya sehingga 10 tahun atau lebih.





Faktor yang mempercepatkan perkara ini berlaku adalah seperti penukaran sistem pengeluaran gas ekzos (penggunaan ekstraktor) kepada bukan standard, penggunaan minyak hitam yang tidak mematuhi specifikasi yang diberikan pengeluar, tidak menukar minyak hitam mengikut jangkamasa yang ditetapkan pengeluar, tidak menukar penapis minyak seperti yang disyorkan pengeluar, penggunaan minyak hitam yang tidak mencukupi, pemanduan yang terlalu agressive (selalu buat spin wheel) dan untuk enjin turbo; tidak memberikan masa kepada suhu minyak hitam turun kepada normal operating temparature (tak pasang turbo timer). 

        
Untuk megelakkan perkara ini dari berlaku dengan cepat, tukar minyak hitam mengikut jadual bersama-sama penapis minyak yang disyorkan pengeluar. Sekira boleh, masukkan sedikit enjin treatment setiap 7 atau 8 kali menukar minyak hitam, pasang turbo timer (untuk enjin turbo), panaskan enjin dalam keadaan melahu sebelum memulakan perjalanan, elakkan spin wheel atau pemanduan aggresive, gunakan kebuk pelepasan asap eksoz standard. Jika keadaan ini sudah berlaku, apa yang boleh dibuat cuma menambahkan minyak hitam setiap kali berkurangan dan kalau keadaan tidak begitu serius mungkin dengan penambahan enjin treatment (yang mengandungi plumbum) dapat membantu menutup ruang antara piston dan dinding silinder. Jalan terakhir terpaksalah tukar piston ring baru atau kalau silinder dah 'makan', terpaksa tukar piston dengan ringnya sekali dan rebor silinder.

                              



(2) Sebab lain, jika kita dapati setiap pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta kita, ini bermakna ada kebocoran di enjin kereta kita. Kita tak akan dapat memastikan perkara itu dengan hanya menjenguk ke bawah enjin. Perkara pertama yang perlu kita buat, pergi ke kedai mencuci enjin, cuci semua bahagian bawah enjin dengan menggunakan sejenis chemical sehingga betul-betul bersih, kemudian gunakan kereta seperti biasa. Selepas sehari, pergi ke bengkel dan angkat kereta, kita akan dapat lihat di mana kebocoran itu berlaku. Biasanya ada tiga tempat di mana kebocoran berlaku i.e. di penyambung drive shaft, di penyambung gear box atau di oil sum gasket. Keadaan ini tidak berapa kritikal berbanding dengan keadaan satu di atas dan kita cuma perlu membaikinya jika kita terpaksa menukar clucth plate, timing belt, drive shaft atau peralatan yang lebih major. Keadaan ini berlaku kerana penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai, enjin terlalu panas, semasa menukar peralatan yang berkaitan, oil seal tidak ditukar bersama (seperti timing belt, jika ditukar, eloklah ditukar sekali kesemua oil seal kerana jika bocor, minyak akan terkena belt dan bila-bila masa belt akan putus)

                              



(3) Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada pelepasan asap kebiruan, cuba periksa air di radiator. Jika airnya berminyak, ini bermaksud terdapat kebocoran dalaman enjin yang menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk. Keadaan ini sangat kritikal dan memerlukan enjin di angkat dan ditukar gasket yang terlibat. Keadaan ini berlaku kerana enjin terlalu panas dan sistem penyejukkan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik.


(4) Minyak hitam berkurangan juga boleh disebabkan minyak hitam menjadi berketul-ketul dan menjadi padat dan likat. Ini biasanay berlaku bila air bercampur dengan minyak atau penggunaan oil treatment yang tidak sesuai. Keadaan ini juga boleh berlaku jika kita tidak menukar minyak hitam mengikut jadual. Jika ini berlaku, minyak enjin perlu diganti dan enjin perlu di flush dengan menggunakan engine flush chemical (tidak digalakkan kerana akan merosakkan gasket dan oil seal).

                                 


(5) Kadang-kadang minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada kelajuan tinggi (melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup enjin atau top cover enjin. Biasanya ini tidak melibatkan apa-apa kerosakan, cuma jika kita ingin memandu pada kelajuan tinggi, pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan tekanan tinggi (macam enjin turbo).

Sekian info kali ini..






Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

3 comments:

  1. kereta saya xda apa2 mslh di atas tpi slalu kurang minyak,3 atau 4000km msti minyak akan berkurangan jadi boleh rekemen minyak apa yg boleh membantu mengurangkn mslh ni?

    ReplyDelete