Proton Persona Executive yang kini sedang dipromosikan di laman web Proton merupakan model yang menampilkan spesifikasi lebih berbanding dengan model asas Super Value (SV). Malah boleh dikatakan Persona Executive ini merupakan pengganti bagi varian spesifikasi tinggi yang tidak lagi disambung selepas kemunculan Persona SV.
Didatangkan dengan dua varian iaitu Executive manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan.
Tampil dengan kit badan, lampu kabus hadapan dan spoiler pada bahagian belakang membuatkan penampilan Persona Executive ini lebih elegan.
Manakala bahagian ruang dalamannya juga telah ‘dikembalikan’ balutan kulit untuk roda stereng, tombol gear dan kekemasan pada pintu. Bagi tempat duduknya pula, ia hanya dibaluti dengan fabrik dua tona. Elemen lain yang turut ditampilkan pada bahagian dalaman seperti sistem audio dengan dua pembesar suara, dan menariknya ia juga didatangkan dengan wifi YES 4G.
Secara mekanikalnya, varian Executive ini sama seperti model SV iaitu menggunakan enjin 1.6 liter Campro IAFM empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa 110 hp pada 6,500 rpm dan tork 148 Nm pada 4,000 rpm. Model ini mampu mencatat kelajuan maksimum sehingga 190km/j bagi varian manual dan 185km/j bagi auto.
Ia juga masih mengekalkan sistem suspensi yang sama iaitu topang MacPherson untuk bahagian hadapan dan Multi-link bagi belakang serta tampil dengan cakera brek bagi keempat-empat tayarnya.
Malah sistem keselamatan juga tidak mengalami sebarang perubahan, masih dilengkapi dengan dua beg udara di bahagian hadapan, ABS, EBD dan tali pinggang keledar pra-regangan untuk tempat duduk bahagian hadapan.
Warna yang ditawarkan bagi model ini ialah Chiffon Green, Tranquility Black, Bronze Garnet, Genetic Silver, Solid White, Fire Red dan Elegant Brown.
Proton Persona Executive dijual pada harga RM49,938 (solid) dan RM50,388 (metalik) bagi varian manual. Manakala untuk varian automatik pula berharga RM52,938 (solid) dan RM53,388 (metalik). Setiap pembelian Persona Executive ini turut didatangkan dengan waranti selama dua tahun dan waranti 50,000 km dari kilang pembuatan.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com
Las Vegas casino and sportsbook app Review - Dr.CMD
ReplyDeleteThe Wynn Las Vegas 화성 출장마사지 is one 원주 출장샵 of the best hotels 서귀포 출장마사지 on the Las Vegas 나주 출장마사지 Strip. It's a classic hotel 청주 출장샵 and casino that offers a