26 November 2013

Kereta 12 tahun ke atas bakal dilupuskan?

Salam warga pembaca,

Sekadar berkongsi artikel.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.  




Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu. 

Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya. 

Seperti yang Dr Wong cakap sebelum ini di Sinar Harian

Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun. Bagaimanapun katanya jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan. Sebagai contoh, kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.
Kereta lama mempunyai daya menyerap tenaga perlanggaran lebih rendah berbanding kereta baharu dan daya tersebut kemudian dipindahkan kepada penumpang sehingga menyebabkan kecederaan teruk yang boleh mengundang risiko kematian. 
Kenderaan baharu pula dilengkapi teknologi terkini melibatkan reka bentuk kereta terutama untuk menyerap tenaga perlanggaran bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

 1. Tak dinafikan kereta lama lebih mudah mengalami kerosakan kerana kereta merupakan sebuah mesin yang mempunyai banyak jentera mekanikal di dalamnya. Sama seperti mesin jentera mekanikal yang lain, ia perlu diselenggara dan ada jangka hayat.

2. Negara2 maju juga kebanyakannya mempunyai polisi had tempoh jangka hayat sebuah kenderaan dan selepas itu akan dilupuskan, namun harga kereta di negara maju jauh lebih murah daripada harga kereta di Malaysia.


3. Disebabkan harga kereta di Malaysia yang agak mahal serta pendapatan per kapita rakyat Malaysia yang agak rendah berbanding negara2 maju, maka ramai orang terpaksa buat pinjaman kereta selama 9 tahun. 

4. Habis je bayar kereta selama 9 tahun, anda hanya boleh relaks tanpa dibelenggu hutang kereta selama 3 tahun je lagi. Elok lepas tu, anda kena lupuskan kereta dan beli kereta baru, buat hutang baru selama 7 9 tahun lagi. Kalau tak nak berhutang lagi, beli motor kapcai. 


5. Dulu waktu ada pihak bercadang nak turunkan harga kereta, pengusaha dan penjual kereta terpakai kata mereka akan rugi kerana terpaksa menjual kereta terpakai dengan harga yang lebih murah daripada harga beli, malah orang dah tak nak beli kereta terpakai kerana harga kereta baru murah. Tapi kalau dilaksanakan polisi had jangka hayat kereta 12 tahun ini, rasa2 ada orang tak nak beli kereta terpakai lagi? Beli kereta 2nd hand yang berusia 7 tahun, tapi boleh pakai dalam 5 tahun je lagi. Confirm la lagi rugi.

6. Kereta lama boleh menyebabkan kemalangan, tapi banyak kemalangan yang berlaku adalah disebabkan faktor kecuaian dan sikap pemandu yang tidak patuh kepada undang2 jalanraya, bawa laju melebihi had, potong double line, langgar lampu merah, berlumba di jalanraya, buat U-turn di tempat yang dilarang dan lain2. Malah kereta baru pun banyak je kemalangan disebabkan pemandu yang bangang atau pemandu lain yang bangang.


7. Sebelum kuatkuasakan polisi ni, apa kata pihak kerajaan keluarkan dulu statistik punca kemalangan jalanraya yang disebabkan usia kereta lama berbanding faktor yang lain, sebab kalau tengok dekat video statistik "Punca Kemalangan Jalan Persekutuan" yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya, punca kemalangan yang disebabkan kenderaan cuma 7%, manakala pemandu cuai sebanyak 41% manakala haiwan/cuaca dan lain2 sebanyak 44%. Mungkin kerajaan perlu lebih fokus dan tekankan untuk menyelesaikan punca kemalangan jalanraya yang lebih tinggi peratusannya.


8. Cadangan aku, kalau mengikut kadar pendapatan per kapita rakyat Malaysia, harga kereta di Malaysia, interest rate pinjaman dan kadar insurans kereta, had jangka hayat bagi sebuah kereta yang boleh diterima akal adalah sekurang2nya 20 tahun, dan kemudian perlu masuk Puspakom untuk dicheck kalau mahu extend lagi 5 tahun sebelum dilupuskan.

9. Selain itu, kerajaan perlu wujudkan kempen, program kesedaran serta promosi agar pemilik2 kereta di Malaysia sentiasa menjaga dan membuat penyelenggaraan kereta mengikut jadual agar kereta lama terjamin keselamatannya. 

10. Tapi kalau nak buat juga polisi had jangka hayat kereta 12 tahun, kena tiru negara maju lain dulu, di mana harga kereta perlu rendah, tempoh maksimum pinjaman kereta hanya 5 tahun je. 

Walau bagimanapun, Timbalalan Menteri Pengangkutan baru2 ini mengatakan kerajaan tak berhasrat melaksanakan polisi tersebut.

Fuh.. lega den..
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments:

Post a Comment