Malaysia, merupakan sebuah negara yang terkenal sebagai negara yang
berbilang kaum, terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India
dan banyak lagi.
Sebut mengenai pelbagai kaum, teringat saya satu lawak pakcik saya yang
suka bercerita; orang Cina kalau nak beli kereta, yang akan ditanya "Berapa laju ini kereta boleh pergi?".. Melayu pulak, "Mahalnya.. takde diskaun ke.. Kuat makan minyak tak?".. Hahaha.. Tapi kalau India pulak, "Berapa ramai ini kereta boleh masuk?"... Haha..
Sebenarnya cerita ni lawak je, sekarang saya dah 5 tahun menjual kereta,
tak semestinya ada soalan-soalan tertentu ikut jenis bangsa. Sebenarnya
semua orang pun sama mahukan sebuah kereta yang berprestasi, jimat, dan luas. Jadi sekarang kita tahu, ada tiga faktor terpenting dalam sesebuah kereta yang menjadi keutamaan oleh semua pengguna kereta di Malaysia.
Apa yang saya perhatikan, untuk penuhi semua 3 faktor ini dalam sebuah
kenderaan, agak mustahil. Kereta yang laju, pastinya perlukan bahan
bakar yang lebih, tapi sekarang dunia telah ada teknologi Hybrid. Namun
itu tidak cukup kerana ia terpaksa mengurangkan berat dan mengorbankan
ruang, contohnya, Honda CR-Z. Ya, ia pantas dan jimat minyak. Tapi kita
boleh lihat, mereka menderita kerana ruang keretanya terlalu sempit.
Ambil satu contoh lain, Toyota Estima, ia cukup luas, prestasi enjinnya
cukup baik untuk sebuah MPV, ia agak pantas dan laju, dari segi minyak
pula, agak sederhana, tidak terlalu ekonomi dan tidak telalu kuat
minyak. Namun jimat minyak sahaja tidak cukup, harga kenderaan, kos
penyelengaraan bulanan, insurans & roadtax tahunan juga harus
diambil kira, jika tidak, enjin yang jimat minyak itu menjadi sia-sia.
Tidak dinafikan memang agak sukar sebenarmya untuk membina sebuah kenderaan yang mempunyai 3 konsep berbeza ini. Proton Exora yang kini di muatkan dengan enjin 1.6 liter CFE (turbo),
mungkin menjadi salah satu kereta yang hampir memenuhi ketiga-tiga
faktor tersebut, dan merupakan pilihan terbaik rakyat Malaysia. Exora Bold 1.6 liter CFE terbukti pantas,
ramai pembeli yang berpuas hati dengan prestasinya sejak model ini mula
dilancarkan hujung Disember 2011. Ia cukup luas, mampu memuatkan
sehingga 7 penumpang dewasa. Walaupun penggunaan minyaknya tidaklah begitu jimat, namun ia masih jimat jika dibandingkan dengan 'MPV berprestasi'
yang lain. Dengan enjin 1.6 liter turbo ini, ia bukan sahaja dapat
mengurangkan kadar penggunaan minyak, namun ia juga hanya memerlukan kos RM90 setahun untuk perbaharui roadtax, kos penyelenggaraannya yang agak sederhana rendah, dan harganya mampu milik. Exora BOLD ternyata merupakan satu ramuan yang terbaik.
Kini 'Exora + 1.6 CFE' boleh didapati dengan harga yang lebih rendah, iaitu RM69K (OTR) untuk keluaran baru Exora Bold CFE variasi Standard,
sesuai bagi mereka yang mahukan lebih penjimatan bayaran ansuran
bulanan, manakala untuk mereka yang mahukan aksesori lengkap masih
mempunyai pilihan variasi Premium dengan harga RM80K (OTR). Jadi, Exora
BOLD 1.6 CFE Standard & Premium ini merupakan salah satu kereta
Malaysia sebenar yang mampu memenuhi dan menepati kesemua cita rasa yang
berbeza-beza setiap bangsa di Malaysia yang berbilang kaum ini.
Hubungi saya untuk panduan, khidmat nasihat, tempahan ataupun urusan jual beli EXORA BOLD CFE hari ini juga!!
En. Jasz
019-2520 696
bluepearlauto@yahoo.com
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com
No comments:
Post a Comment