08 January 2013

Exora BOLD Standard with CFE

Salam 1 Malaysia,

Pada pagi ini, sebuah Exora BOLD Standard telah dihantar ke showroom saya. Mengikut pengamatan saya tiada banyak bezanya tapi penggemar Exora akan sedikit gembira dengan penambahan yang diletakkan pada spec Exora BOLD standard ni.



Perubahan ketara adalah pada penukaran enjin CPS kepada janaan CFE ( Charge Fuel Efficiency ) yang sekaligus memberikan lebih torque dan lebih kuasa kuda berbanding enjin CPS terdahulu. Selain itu terdapat penambahan airbag bagi penumpang hadapan dan vent air cond ditambah di bahagian belakang bagi memberi keselesaan kepada penumpang belakang. Sedikit 'finishing" juga dapat dilihat pada bahagian luaran seperti penutup rim dan pemegang pembuka pintu. Berikut spesifikasi Exora BOLD 1.6 CFE standard yang baru.




 Berikut merupakan serba sedikit lagi shot saya ambil.



Harga belum lagi diumumkan oleh pihak Proton tapi saya diberitahu dalam lingkungan 65k ke 70 k.. Info selanjutnya akan saya update dalam artikel selanjutnya.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments:

Post a Comment