Penggunaan NGV (Natural gas vehicle) di Malaysia adalah begitu sinonim dengan teksi.Mengapa agaknya hanya teksi yang banyak dikaitkan dengan penggunaan NGV ini? Oleh sebab gas tersebut amat murah berbanding petrol maka ia digunakan secara meluas oleh semua pengguna teksi di Malaysia mahupun dunia, bg memberikan peluang kepada pemilik teksi mengurangkan belanja bahan bakar setiap hari, walhal tambang teksi kalau nak fikir2 balik takdela murah sangat pun..
Jenis gas yang digunakan
Gas yang digunakan adalah gas jenis LNG (liquefied natural gas ) yang banyak diedarkan oleh Esso dan Petronas.Malaysia LNG Sdn Bhd pula adalah pengeluar terbesar gas ini yang berperasi di Bintulu Sarawak.Gas ini sebenarnya adalah sejenis methane yang telah dicairkan.Seperti yang kita juga tahu methane adalah bahan bakar yang juga banyak digunakan dalam pemetik api untuk menyalakan sesuatu seperti rokok dsbnya.
Methane adalah sejenis gas yang mudah menyalakan api dan ia juga mudah mengering dan jika digunakan dengan cara yang betul ia boleh mempercepatkan pembakaran.Oleh sebab itu gas jenis ini digunakan pada kenderaan melalu kaedah tertentu melalui saluran yang betul kearah ruang pembakaran dalam enjin kereta seperti teksi.
Oleh sebab gas NGV ini mudah membakar ,ia menyebabkan ruang pembakaran jadi cepat dan seterusnya mempercepatkan kadar meter perjalanan berbanding penggunaannya dan amat sesuai digunakan pada kenderaan yang selalu berada di jalanraya seperti teksi
Walaupun risiko kerosakan sedikit tinggi berbanding petrol kerana pengubahsuaian penerimaan bahanbakar disebabkan kepanasan enjin yang melampau tetapi ia masih digunakan oleh teksi kerana sebab-sebab penjimatan yang mencecah 60 peratus berbanding menggunakan petrol.
Jika anda seorang pengguna kereta secara logiknya sahaja anda akan ketahui bahawa kepanasan enjin yang kuat bloeh membakar gasket silinder dan juga menyebabkan hose pecah serta mengganggu sistem penyejukan kereta.Tetapi ini tidak bermaksud NGV tidak sesuai digunakan sebagai bahanbakar malah ia telah dibuktikan dengan penggunaan meluas pada kereta komersil seperti teksi,kereta tunda dan lain-lain lagi.
Penggunaan NGV ini akan lebih berkesan jika anda banyak menggunakan kereta untuk bergerak melebihi 100 kilometer sehari atau rm50 sehari jika menggunakan petrol kerana jika ia bergerak dengan kerap penggunaanya jadi lebih menjimatkan.
Oleh sebab kepanasan enjin yang melampau pada sistem NGV alat menukar semula kepada petrol setiap beberapa kilometer dipasang pada teksi untuk menjaga kereta pengangkutan ini jadi lebih panas seterusnya merosakan kenderaan tersebut.
Diatas sebab pemasangan suis tukar kepada petrol inilah menjadikan sistem ini sebenarnya adalah sistem bahan bakar yang semakin digemari oleh pengguna kereta pada masa sekarang walaupun pengubahsuaian tersebut menelan kos yang agak besar.
Jadi kepada mereka yang berkemampuan, penggunaan NGV sebenarnya adalah pelaburan yang sememangnya berbaloi dari segi jangka masa panjang. Disamping penggunaan harian seperti menggunakan petrol Yamaha LC, anda pastinya tersenyum apabila memperbaharui cukai jalan dan insurans anda..
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com
Facebook,com
ReplyDelete