05 October 2012

Sekadar Hiburan.. Hehehe..

 Kereta Rakyat 1 Malaysia - Varian Super Base Line..

Biasa kalau nak beli kereta kita boleh pilih nak B-Line (Base) ke, M-Line (Medium) ke atau H-Line (High) untuk sebuah model kereta. Aku kalau jadi CEO syarikat pembuat kereta, Proton ka BMW ka Mitsubishi ka, aku akan suruh tambah satu lagi version iaitu SB-Line (Super Base atau Super Basic), harga pun for sure la jauh lebih murah kerana ianya memang kereta paling basic dan kurang aksesori yang dirasakan tidak perlu. Aku yakin versi kereta ini akan menjadi kereta yang paling terlaku dan paling banyak dibeli orang rakyat2 1Malaysia.


Antara ciri2 dan features kereta versi SB-Line ini selain daripada benda basic:
 1. Tiada lampu signal


 Semua kereta standard datang dengan lampu signal, tapi biasa aku tengok lampu signal ni jarang orang pakai, rasa2 nak masuk simpang, nak buat U-turn ke, nak belok kiri kanan ke, diorang terus je buat tanpa menyalakan lampu signal. Ramai yang beranggapan pemandu lain boleh membaca niat hati mereka. Beli kereta mahal2 tapi lampu signal takde function pun bagi mereka, so lampu signal adalah aksesori yang ditiadakan dalam kereta versi SB-Line ini. Kalau ada pun tak guna sebab tak dipakai, at least harga boleh turun sikit

 2. Tiada side dan rear-view mirror


Bagi kereta SB-Line, ini juga aksesori yang dibuang kerana ia tiada fungsi pun. Ramai pemandu kat Malaysia ni yang kalau nak memotong ke, nak tukar lane kat highway ke, nak reverse ke, kalau diorang rasa tergerak hati nak buat, mereka terus buat, tak payah tengok side atau rear-view mirror. Macam mereka tahu2 sahaja semua pemandu di Malaysia ni mempunyai kuasa psikik yang boleh membaca fikiran pemandu lain.

3. Tiada tali pinggang keledar.


Ini satu aksesori yang juga dirasakan sangat membazir. Semua kereta pun ada seat-belt, tapi ramai pun orang tak pakai. So untuk kereta ini kita tiadakan terus tali pinggang keledar, taklah pembeli rasa membazir kerana beli sesuatu yang mereka tak pakai. Tapi ia boleh dijual secara berasingan kalau2 mereka nak beli untuk pasang kat seat penumpang ke, seat belakang ke untuk ikat baby chair.

4. Lampu kecemasan digantikan dengan lampu hujan.

=>

Oh yang ni sama sahaja tiada apa2 kelainan, hazard light masih sama lampu kuning blink2 kiri kanan, cuma butang untuk lampu kecemasan sahaja kita gantikan simbol hazard tu dengan simbol hujan agar ia lebih kena dengan penggunaannya iaitu tekan ketika waktu hujan. Sewaktu kereta berhenti kecemasan tepi/tengah jalan takde orang pun nak guna lampu tu.

5. Tiada seat belakang (optional)


Yang ni optional, untuk keluarga baru yang baru sahaja mempunyai anak atau masih ada anak2 kecil. Ini kerana walau ada anak kecil atau 2 3 orang anak pun, ibunya masih boleh memangku mereka di seat penumpang depan, kadang2 semua anak2nya juga duduk bersama2 di depan, so membazir je beli kereta yang ada kerusi di belakang tapi tak guna. Buat apa bayar lebih bukan? Bagi orang bujang atau pun yang jenis kedekut tak suka bagi orang lain naik kereta anda, jangan kata seat belakang, seat penumpang depan pun boleh jadi optional.


Bukan itu sahaja, malah untuk kereta versi SB-Line, kita bagi pembeli kereta menentukan sendiri atau customize apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu, sebagai contoh mereka boleh buang lampu brek kerana langsung takde fungsi untuk diri sendiri, kerana walau kita beli kereta mahal2 yg lampu breknya cantik pun, kita tidak pernah tengok lampu brek tu menyala bila kita tekan brek, so what the point? Lain2 seperti lampu belakang, lampu reverse, meter kelajuan juga antara part2 yang menjadi pilihan utama untuk dibuang oleh pembeli2 kereta ini.


Aku yakin penjualan kereta ini akan mencanak2 naik dan orang akan berebut2 untuk membelinya seperti penonton wayang yang sanggup bergaduh dan berebut untuk beli tiket filem Dua Alam Dr. Rozmey yang mencetuskan fenomena dunia perfileman tempatan dengan hasil jualan tiket mencapai RM40 juta. Ini kerana konsep penjualan kereta SB-Line ini adalah berdasarkan konsep "Value for money - Beli dan bayar apa yang anda guna sahaja. Tidak perlu bazirkan duit pada benda yang anda tidak akan guna dan tidak berguna untuk anda".

Namun walaupun kita boleh customize kereta kita dengan memilih komponen apakah yang kita boleh buang dan tak nak beli, tetapi radio dan juga air cond sahaja part yang tidak boleh dibuang kerana ia adalah aksesori berwajib seperti mana yang telah digariskan oleh Pertubuhan Pengangkutan Darat Sedunia.- artikel dari majalah dunia auto.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments:

Post a Comment