22 June 2012

Proton perkenal Inspira 2.0 CVT Executive


Proton baru-baru ini telah memperkenalkan Proton Inspira - 2.0 CVT Executive menggantikan model 1.8 CVT Executive bagi memberikan pengguna pilihan kenderaan berkuasa dengan harga yang lebih menarik.

Model yang berada antara model Inspira 2.0 CVT Premium dan 1.8 MT Executive itu mempunyai ciri-ciri spesifikasi seperti model 2.0 CVT Premium tetapi ia didatangkan dengan harga bermula RM86,450 sahaja.


Menurut maklumat terdapat di laman web Proton Edar, ciri-ciri yang terdapat pada model ini adalah hampir sama dengan ciri-ciri yang terdapat pada model 2.0 Premium seperti suid audio di stereng, sensor hujan, lampu dan sebagainya.
Bagaimanapun, model ini tidak mempunyai kelebihan aksesori seperti 2.0 CVT Premium yang mempunyai kerusi eksekutif, hiasan pintu dalam bentuk fabrik, pengelap cermin dengan ciri-ciri pengubahsuaian kelajuan dan juga tidak mempunyai bodykit.
Bagi warna kereta pula, model ini hanya menawarkan Elegant Brown, Tranquility Black, Genetic Silver dan Solid White.
Harga di atas jalan termasuk insurans untuk kereta model ini yang bewarna metalik ialah RM86,900 dan warna solid RM86,450.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments:

Post a Comment