Preve akhirnya secara rasmi bakal menjengah rakyat Malaysia pada 16 April ini. Ramai yang memberikan reaksi yang positif melalui laman2 sesawang dan blog2 nukilan tempatan masa kini. Bahkan ada yang dah terpesona dengan keluaran kereta Proton yang baru iaitu Proton Prevé. Kepada yang tak tahu, sebutan Prevé bukanlah “preev” atau “preef” tetapi “pri-vey” (baku).
Apa yang menarik dengan kereta ini ialah feature barunya yang tidak terdapat pada kereta keluaran Proton sebelum ini dan kereta lain yang berada dalam lingkungan yang sama. Harga permulaan Prevé adalah RM59.5K untuk versi manual, RM62.5kuntuk versi CVT dan RM72.5K CVT + CFE (Charged Fuel Efficiency).
Kalau nak senang tengok adakah Prevé ni setanding dengan kereta antarabangsa, kita cuba perbandingan dengan Honda City.
Feature\Car | Proton Prevé | Honda City | ||
---|---|---|---|---|
Harga | RM72,000 | RM90,000 | ||
Enjin | CamPRO + CFE | SOHC i-VTEC | ||
Kapasiti enjin (cc) | 1561 | 1497 | ||
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi) mm | 4543 x 1786 x 1524 | 4395 x 1695 x 1470 | ||
Boot capacity (L) | 518 | 506 | ||
Transmisi | 7-speed Protonic | 5-speed Automatic Shift | ||
Max Torque | 205@2000-4000 | 145@4800 | ||
Max Power | 103/5000 | 120/6600 | ||
4G in car WIFI | Yes | No | ||
Turbocharged engine | Yes | No | ||
Push start buton | Yes | No |
Built In GPS Yes No
Senang cerita, kalau saya, sebagai pembeli kereta kali pertama, saya akan memilih Prevé atas sebab:
- Saiz lebih besar
- Lebih berkuasa dengan enjin turbocharged
- Lebih banyak feature (4G WiFi, push start button)
- Paling penting, lebih murah
dashboard yang teratur dan kemas |
Built - In GPS |
push start button |
panel meter yang simple namun bergaya |
Proton kali ini dilihat lebih berani dan yakin dalam menonjolkan model terbaru mereka. Semalam, spesifikasi Proton Prevé telah secara tidak sengaja dibocorkan di laman web mereka. Biasanya, ini adalah taktik pihak korporat untuk membina ‘hype’ sebelum pelancaran produk mereka apabila mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap model tersebut.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com
No comments:
Post a Comment