10 November 2012

Automated Enforcement System - A.E.S


Salam 1 Malaysia.

Sekarang ni semua nak cakap pasal AES yang bermaksud Ada Engkau Susah  Automated Enforcement System atau dalam bahasa yang mudah difahaminya kamera speed-trap yang telah dipasang dengan statik di tempat2 tertentu di tepi jalanraya dan lebuhraya yang akan amik gambar kereta korang secara automatik sekiranya bawak lebih dari had laju. Disebabkan banyak sangat dok kuar masuk tv dengan paper pasal topik AES ni, maka aku tulis la sikit pendapat dan pandangan aku pasal benda ni.






Disebabkan AES ni makanya bertempiklah ahli politik dan wakil rakyat yang sesetengahnya baru bangun tido,membantah pelaksanaannya sehingga menyebabkan tertangguh. Macam2la komen yang diberikan, projek ni membazir dan banyak makan duit rakyat la, akan menekan rakyat Malaysia kerana duit habis bayar saman je, lokasi AES yang diletakkan banyak tak strategik la dan sebagainya. Namun JPJ cakap AES ni akan kurangkan jumlah kemalangan di Malaysia seperti di Berita Harian.



Pertama sekali, pada pendapat akula nak cakap secara logiknya yang AES ni takkan dapat mengurangkan jumlah kemalangan jalanraya. Seperti mana sifat "daredevil" rakyat Malaysia masa kini,dapat kita lihat pada kes2 sperti ni sebagai contoh.

  • Gula..ya gula kenaikan harganya  takkan dapat mengurangkan jumlah pesakit diabetes kerana kadar penggunaan gula takkan berkurang dengan kenaikan harga gula, ia masih sama, sebaliknya orang hanya bayar lebih untuk beli gula. 
  • Sama juga dengan kenaikan harga rokok takkan menurunkan jumlah perokok. Bagi perokok tegar, harga rokok naik takkan menghalang mereka dari beli rokok, sebaliknya mereka membayar lebih untuk beli rokok. Biasanya mereka hanya akan berhenti lepas dah kena penyakit.
  • Sama juga naiknya harga minyak takkan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalanraya, dan naiknya harga tol takkan mengurangkan jumlah orang yang bayar tol. Mereka hanya akan bayar lebih untuk beli minyak dan lalu tol. Bayar lebih kepada siapa? Kepada kerajaan, itu sahaja.



So sama juga dengan AES, ia takkan dapat mengurangkan jumlah kemalangan jalanraya, kerana orang hanya akan slow down bila nampak kamera tu sebab ia statik tidak bergerak, kebanyakannya dah tahu lokasi kamera AES tu, so lepas je kamera mereka akan pecut balik.
Ala.. cam kes nampak polis baru menggelabah dok cari tali pinggang nak pakai..lebih kurang camtu la.. takut kat saman ja bukan sebab kesedaran ataupun keinsafaannn..


Aku berani cakap la takde sapa yang akan bawak slow jugak lepas je lalu dari kamera AES tu. Tapi bagi kamera yang diletak kat lampu isyarat, aku jamin ramai yang takut nak langgar lampu merah lepas ni.


Kedua, aku langsung tak kisah pasal kamera ni, sebab dah tentu kegunaannya menangkap gambar pesalah jalanraya yang bawak melebihi had laju, bukannya korang tak buat apa2 lesen kereta pun tak ada tiba2 je kena saman. Malah lokasi2 kamera dah bagitau pun kat website Mosti ni, malah kat website JPJ pun mungkin ada, siap bagi longitude latitude lagi, refer je kat Google Map dah leh tau kat mana. Kalau korang rajin Google pun boleh jumpa kat mana lokasi kamera AES tu.



Malah kat Android phone pun korang detect kamera AES guna software AES Detector atau AES Detector with Map leh download kat Google Play ataupun nama lamanya Android Market.



Bagi aku ia lebih better dari speed trap undercover oleh polis2 trafik yang senyap2 duduk celah semak mana atau bawah flyover tak tau sejak bila diorang duduk kat situ tau2 kena snap lepas tu surat sampai kat rumah siap dengan gambar kereta lagi. At least AES ni lokasi dia kita tahu, ia tetap dan tak bergerak, malah beberapa meter sebelum AES tu dah ada papan tanda amaran "ADA KAMERA", so dah boleh la start slow down, dan kita pun dah boleh plan perjalanan kita dengan mengenalpasti jalan mana nak lalu dan kat mana lokasi2 AES tu.


Apa2 pun bagi yang kata ada kawasan yang tak strategik dan tak sesuai untuk letak kamera AES ni seperti dipetik dari Sinar Harian,

"Kalau letak di lebuh raya, itu tidak mengapa sebab kalau kita pandu sangat merbahaya, tapi kalau letak di kawasan hospital ke, sekolah ke, tak sesuailah saya rasa,” katanya kepada Sinar Harian Online.  
Aku nak tanya ada ke mana2 jalan yang tidak tertakluk pada undang2 jalanraya? Tidak ada, malah jalan depan rumah kau pun masih tertakluk di bawah peraturan jalanraya. Once ko duduk atas kereta atau motor dan start memandu, ko dah kena ikut peraturan jalanraya, so takde jalan pun yang tidak mengapa kau langgar peraturan dan dirasakan tidak sesuai diletakkan AES. Nak cakap hospital dan sekolah tak sesuai letak AES? Dulu dah berapa banyak kes orang langgar budak sekolah tengah nak melintas jalan walau kat garisan kuning? Berapa banyak pulak kes kemalangan disebabkan budak2 sekolah menengah ni merempit nak pergi sekolah dan tak pakai helmet? Berapa ramai orang pecut kat jalan dalam kawasan hospital sebab nak berebut parking hospital yang sangat terhad sehingga membahayakan nyawa pesakit dan pelawat hospital? Kalau ikutkan hospital dan sekolah tu memang SANGAT SESUAI lah letak AES.


Kesimpulannya, aku LANGSUNG TAK KISAH dengan AES, ada ke takde aku tak kisah, sebab yang kena bayar hanya pesalah jalanraya, bukan semua orang. Ko ikut peraturan kau tak payah bayar. Lagipun ramai sangat pesalah2 jalanraya yang rasa dirinya pandai sangat dan berlagak nak mampos cakap macam bagus, kalau polis yang saman mungkin boleh lepas dengan macam2 alasan dan juga ada yang boleh kawtim dengan duit kopi, tapi dengan adanya AES ni, takde kawtim2 dah, bayar je terus, tak puas hati, buat rayuan, habis cerita, rasuah di kalangan anggota polis pun mungkin dapat dikurangkan sikit.

Sekian, Wsalam. Jadikan hari ini lebih, lebih baik dari semalam ya.. ya ..hehe

-Petikan dari blog Dunia Auto -
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments:

Post a Comment