Perodua kini melancarkan model yang dipertingkat dikenali sebagai Versi
S. Selepas membuat kajian terhadap pasaran, Perodua menamatkan beberapa
versi Myvi, Viva dan Alza dengan menggantikan Versi S.
Perodua Myvi 1.3 Elegance ditamatkan pengeluaran, manakala Perodua
Myvi 1.3 Premium digantikan dengan model Myvi 1.3 SE. Apa yang menarik,
model naik taraf ini ditawarkan pada harga yang lebih rendah iaitu
RM
RM44,924.30 untuk model manual dan
47,924.30 untuk automatik.
Model Alza 1.5 SR basic telah ditamatkan pengeluaran, manakala model
Perodua Alza 1.5 Standard pula digantikan dengan model Perodua Alza
Standard - S. Kelebihan model ini dengan sebelumnya ia dilengkapi dengan
Spoiler belakang dan lampu kabus. Harga yang ditawarkan juga lebih
rendah berbanding model sebelumnya iaitu RM53,517.00 untuk varian manual
dan RM56,517.00 untuk varian automatik.
Bagi model Viva pula, Perodua menamatkan model Viva 660EX, manakala
model Viva 1.0BZ basic auto digantikan dengan model Viva 1.0 S Basic.
Model ini juga mengalami naik taraf seperti dilengkapi dengan power
steering. Harga yang ditawarkan RM34,774.30 (Solid) dan RM35,174.30
(Metalik).
Ketiga-tiga model baru ini didatangkan dengan warna baru iaitu
Ozzy Orange.
Sekian buat kali ini.