Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

18 March 2013

Perodua S-Series, Apa Yang Berbeza?


Perodua kini melancarkan model yang dipertingkat dikenali sebagai Versi S. Selepas membuat kajian terhadap pasaran, Perodua menamatkan beberapa versi Myvi, Viva  dan Alza dengan menggantikan Versi S.

Perodua Myvi 1.3 Elegance ditamatkan pengeluaran, manakala Perodua Myvi 1.3 Premium digantikan dengan model Myvi 1.3 SE. Apa yang menarik, model naik taraf ini ditawarkan pada harga yang lebih rendah iaitu RM RM44,924.30 untuk model manual dan 47,924.30 untuk automatik.






Model Alza 1.5 SR basic telah ditamatkan pengeluaran, manakala model Perodua Alza 1.5 Standard pula digantikan dengan model Perodua Alza Standard - S. Kelebihan model ini dengan sebelumnya ia dilengkapi dengan Spoiler belakang dan lampu kabus. Harga yang ditawarkan juga lebih rendah berbanding model sebelumnya iaitu RM53,517.00 untuk varian manual dan RM56,517.00 untuk varian automatik.




Bagi model Viva pula, Perodua menamatkan model Viva 660EX, manakala model Viva 1.0BZ basic auto digantikan dengan model Viva 1.0 S Basic. Model ini juga mengalami naik taraf seperti dilengkapi dengan power steering. Harga yang ditawarkan RM34,774.30 (Solid) dan RM35,174.30 (Metalik).





Ketiga-tiga model baru ini didatangkan dengan warna baru iaitu Ozzy Orange.

Sekian buat kali ini.

Perodua perkenal model S-Series Viva, Myvi, Alza



RAWANG - Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka memperkenalkan kereta daripada segmen S- Series bagi model Viva, Myvi dan Alza 14 Mac lalu.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model- model tersebut dikeluarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 jenama kereta terkemuka itu di pasaran.
"Kelainan yang ada pada model baharu S- Series ini boleh dilihat daripada beberapa prospek seperti reka bentuk yang lebih menarik, kepelbagaian aksesori-aksesori tambahan dan juga stereng berkuasa tinggi yang dijual pada harga berpatutan.
"Selain daripada warna-warna model Perodua yang sedia ada di pasaran, model S-Series ini turut didatangkan dengan warna eksklusif iaitu Ozzy Orange," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran batu asas kilang baharu Perodua di Sungai Choh, Rawang yang telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.
Aminar Rashid menerangkan, ketiga-tiga model Viva S 1.0L, Myvi 1.3 SE dan Alza S 1.5L itu ditawarkan pada harga antara RM34,774.30 sehingga RM56,517.00 seunit di seluruh rangkaian Perodua bermula hari ini.
Dalam pada itu, Perodua turut menawarkan pemberian servis kereta secara percuma selama tiga tahun kepada mana- mana pemilik Perodua yang mendaftar kenderaan mereka bermula 15 Mac ini.
Tambah Aminar, khidmat lapan kali servis kenderaan secara percuma yang bernilai kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 itu merangkumi kos buruh, alat ganti upah dan enam peratus cukai.
Sumber -Kosmo Online