26 August 2013

Info - Apa itu Blacklist, CCRIS dan CTOS/FIS


Salam Merdeka,

Bulan ini, Menteri Pelajaran Kedua Datuk Seri Idris Jusoh mengeluarkan satu kenyataan bahawa kemungkinan akan melaksanakan sistem CCRIS sebagai salah satu langkah kerajaan mengutip balik pinjaman daripada peminjam ingkar. Saya tetiba terfikir apakah kesannya kepada industri automotif tatkala mendengar berita itu di sebuah stesen TV.
Mana tidaknya, majoriti golongan yang membeli kereta nasional pada masa kini kebanyakannya terdiri daripada golongan muda atau bahasa lainnya belia. Perlaksanaan  ini seandainya dikuatkuasakan memang akan memberi sedikit impak juga kepada industri ini.




Hujung minggu ini, saya terdengar perlaksanaan itu ditangguhkan untuk mencari alternatif dan mekanisme yang dirasakan bersesuaian.Snapshiot dari KJ adalah sekadar contoh dan blog saya bukanlah sebuah blog politik. Ok berbalik kepada tajuk di atas.

Seringkali, ramai yang terkeliru di antara ketiga-tiganya. Satu yang pasti, sekiranya rekod anda di dalam mana-mana satu daripadanya adalah kurang memuaskan, kesukaran akan dialami apabila perlu berurusan dengan pihak bank pada lain masa.

BLACKLIST
Kita kenali dahulu apa itu Blacklist atau senaraihitam? Ia adalah akibat kegagalan diri sendiri atau orang yang anda jamin untuk membayar balik pinjaman bank atau pinjaman Kerajaan seperti MARA atau pinjaman yang berkaitan. Bahkan, ia tidak terbatas setakat di sana sahaja. Anda juga boleh disenaraihitamkan sekiranya gagal menjelaskan hutang kepada Institusi Perniagaan yang menawarkan skim sewabeli seperti AEON. Misalnya pembelian perabot, mesin basuh dan seumpamanya. Dengan syarat, kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh institusi perniagaan terlibat. Jadi berhati-hati dalam pembelian anda.
Anda boleh menyemak sama ada bebas daripada blacklist atau tidak dengan membuat penyemakan sendiri di bank, badan kerajaan atau syarikat terbabit (yang anda ada hutang dengannya).

CCRIS (Central Credit Reference Information Systems)
Setiap institusi kewangan di Malaysia akan menghantar laporan bulanan kesemua peminjam mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia. CCRIS  adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan.
  • Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.
  • Laporan CCRIS adalah tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan). 
  • Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Biasanya, institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. 
  • Sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya Debt Service Ratio berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.
Anda boleh tersenarai dalam CCRIS dalam situasi yang kekadang tidak anda sedari.
Contoh : Ansuran kereta sebulan RM455
Bayar kat CDM RM450
RM5 yang tidak dibayar ini akan dihantar ke BNM sebagai tunggakan sebulan. Lainlah kalau tetiap bulan anda bayar lebih daripada RM455 tadi.


CTOS ( Credit Tip Off Service )
  • CTOS Sdn Bhd adalah organisasi yang mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik mereka.
  • Maklumat bankrupsi mengandungi maklumat terhadap orang perseorangan dan syarikat, yang sedang, atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya mengandungi maklumat seperti no fail mahkamah, lokasi, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu, no kad pengenalan, dan jika dalam perbicaraan, tarikh sebut kes di mahkamah.

  • Maklumat saman pula selalunya mengandungi butiran terhadap individu dan syarikat dimana saman telah di keluarkan, no pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), no kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh sebut kes di mahkamah.
Sekian, terima kasih.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

No comments:

Post a Comment