Link

15 December 2012

Info - Jimatkan Petrol Secara Teknikal

Petrol adalah bahanapi utama dalam menggerakan enjin secara keseluruhan,tanpa petrol enjin ibarat burung tanpa sayap,tidak berdaya untuk pergi jauh.Petrol bukan sahaja bahan bakar utama kenderaan malah ia juga berfungsi sebagai pencerna kepada sistem api kenderaan supaya ia dapat terus bergerak dan menceriakan pengguna kenderaan tersebut.

Walaubagaimanapun apabila petrol yang digunakan diadalam kenderaan seperti kereta meningkat secara mendadak dan tidak dapat dikawal sudah tentu pengguna akan berasa gusar dan akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kadar penggunaan petrol dalam enjin kereta dsbnya.

Pada dasarnya penggunaan petrol akan tetap bertambah kerana komponen-komponen sistem minyak akan menjadi haus dan sebahagiannya pula tidak dapat berfungsi pada kadar 100 peratus lagi selepas beberapa kilometer digunakan.Komponen tersebut termasuklah hose,karburator,injektor,tangki minyak dan fuel filter.

Diantara komponen tersebut komponen seperti hose,karburator,injektor dan fuel filter adalah komponen yang menyumbang kepada penambahan penggunaan petrol pada sebuah kereta.


karbon yang memenuhi ruang atas piston

Secara teknikalnya pula penambahan karbon dalam enjin adalah penyumbang yang agak besar peratusnya dalam penambahan penggunaan petrol sesebuah kereta.Karbon akan bertambah apabila terdapat lebihan petrol yang tidak dibakar  dan melekat disekitar atas piston,ring piston bawah head silinder,sekeliling injap dan didinding head silinder.





Karbon yang mengelilingi bawah head silinder


Secara teknikalnya juga karbon memang tidak dapat dimusnahkan begitu saja oleh aktiviti petrol dan pembakaran yang berterusan  dalam enjin.Ia hanya boleh dilakukan hanya dengan membuat top overhaul ke atas enjin tersebut.Top overhaul yang kemas untuk membuang karbon harus dilakukan dan carakerja seperti membersihkan atas piston dan blok,membersihkan sekeliling injap dan silinder head perlu dilakukan supaya karbon dapat dinyahkan dari atas permukaan blok dan silinder head.

Setelah top overhaul selesai penggantian air filter dan plug adalah sebahagian pemangkin utama untuk mengembalikan kadar penggunaan petrol kepada asal.Hose dan fuel filter harus ditukar manakala tangki minyak pula perlu dibersihkan.Injektor atau karburator juga perlu diservis sebagai pengakhiran kepada proses mengembalikan penggunaan kadar petrol seminima yang mungkin.

Top overhaul adalah cara kerja teknikal yang menelan belanja yang agak besar untuk dilakukan dan sehinggakini carakerja tersebut kekal sebagai pembaikan ketika enjin panas sahaja seperti menukar head gasket dan grind valve.

Kajian untuk menjimatkan penggunaan petrol untuk kereta telah membawa kepada penggunaan decarbonizer untuk mencairkan karbon sewaktu enjin bergerak.Decarbonizer adalah sejenis bahan kimia campuran pelbagai bahan kimia sepert butoxyethanol dan blend polymer bertujuan mencairkan karbon menjadi kepulan asap dan seterusnya dialirkan melalui ekzos.

Pada masa kini penggunaan decarbonizer semakin meluas sehingga mencecah 85 peratus sebagai bahan utama untuk mempercepatkan proses top overhaul yang menelan kos serta masa yang agak panjang.Penggunaan decarbonizer lebih mudah ,bahan tersebut hanya perlu dialirkan kedalam sistem minyak untuk beberapa minit ataupun digunakan didalam tangki minyak untuk menikmati hasilnya pada kadar yang agak cepat berbanding top overhaul.

Sekian buat kali ini.

No comments:

Post a Comment