Link
▼
31 March 2012
PROTON P3-21A AKA PREVE?
Bilakah tarikh sebenar proton terbaru Proton P3-21A dilancarkan? Banyak spekulasi mengenai proton terbaru dengan kod Proton P3-21A. Adakah ianya Proton Tuah yang dihebahkan sebelum ini? Segalanya bakal terjawab pada awal APRIL ini..
Ini adalah gambar yang sebenar Proton P3-21A yang telah tersebar di laman sesawang pada masa kini. Ada yang mengatakan Proton P3-21A ini adalah bagi menggantikan Proton Persona. Proton P3-21A ini ditawarkan dalam dua varian, iaitu model Executive dan model Premium dianggarkan bernilai dari RM65,000 sehingga RM75,000.
P3-21A dilengkapi dengan enjin CamPro 1.6L dan serta sistem pengecas turbo CFE yang mampu menjana torque sehingga 205 Nm jauh meninggalkan Vios, Honda Civic dan model di kelasnya. Spesifikasinya dikatakan menyamai spesifikasi yang ada pada BMW masa kini. Masakan tidak kerana ianya mendapat sentuhan dari bekas designer/ketua pemasaran BMW iaitu En. Wolfgang. Yang paling istimewa, Proton P3-21A adalah kenderaan pertama didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi daripada pembekal perkhidmatan internet YTL Communications, Yes 4G.Â
Fuhhh… Canggih manggih’lah kereta nie…
Yang nie gambar bahagian belakang untuk Proton P3-21A pulak, nampak smart jugak kan? Buat masa nie, nama sebenar untuk model Proton terbaru nie masih dirahsiakan. Ada sumber yang boleh dipercayai namanya adalah PRE'VE. Sama-sama kita nantikan kemunculannya..
No comments:
Post a Comment